Saturday, October 17, 2009

Layan perasaan..

Merayau-rayau di internet td..browsing sane sini..surfing itu ini.. sekali aku terjumpe.. satu blogspot yg buat jantung dup dap dup dap..! Menyirap sekejap.. aku yg jarang terasa jeles ni tetiba terasa.. ampeh sungguh.. nada-nada jeles ku menjelma.. nape!!! Aku sayang dia ker? hahahah!.. Am i? adehh!!! gilosss sungguh. Wpun sebelum ini aku tak kisah langsung. Seolah takde perasaan pun yer. Tp nape bila tgk gambar tu akuuuu leh terasa plak..siot ajee kan!.. gatal tangan pi belek2..sapee suh!! kan dah jumpee mende yg takpatut..hahahahhaha!!..

Dia yang ku kenali..
Hampir 6 tahun dah kan.. nak kate tak sayang tipu la plak. Cuma sayangku berpada-pada... Takpenah aku membenarkan diri aku simpan perasaan itu utk dia... Jiwa-jiwa la plak aku jadiknyaa.. menci sungguh bila perasaan cam ni menjelma..kasiii aku syahdu sekejap.. ampeh.. sungguh ampehh!!..

Aku dan dia..
Ada perasaan yang terlindung.. yang akan sentiasa terlindungg.. yang takkan terungkaii.. biarkan.. jgn diungkapp.. jgn dileraiii..biarkan rahsia tetap menjadik rahsia.. biarkan perasaan itu berkubur dalam hati masing-masing.. Biarlah kami dengan jalan hidup masing-masing.. persimpangan jalan dia terlaluu beronak duri untuk aku lalui.. cukuplah.. Aku tahu siapa aku.. yang takkan setabah itu utk lalui jalan beronak duri itu..

Gigil jari ku nakkk berpoya2..

Lama nye rase tak mengaktifkan diri dlm tenet mengtenet nih. Kebusy-an melanda teruk tul. Aduhaii!.. dulu2 busy2 sempat gak la berpoya2 kat sini. Now..menci tau sbb gigil2 rasa jari jemariii taklehhhhh berpoya2 kat sini..

Start lepas raya tuh hari, tup2 kena ngajar training back to back. Bayangkan kena ajar training melibatkan bbrp negeri..Johor, Penang, Labuan, Kelantan, N.Sembilan, Terengganu..lain2 negeri tu belum set schedule nya lagi. Kena gak la tu nampaknya. Aduhai.. nih yg payah kalau tunjukk yg kita ni ada ciput bakat mengajar. Dah tak pasal2 kena ngajar semua plak. Adehhh!... nak tolak kesian plak dorang nanti..

So kengkawan semua.. kalau abis je nanti urusan ku ini. Aku akan berpoya2 sakan balik.. heheheh!.. sementara tu jangan pulak korang lupakan aku yer. Terutama kengkawan cicak mencicak ku itu. Miss u all tauuu.. Miss nak berBT malam2..miss segalanya la..adeh adeh adehhh!!!!...


Friday, October 09, 2009

Al Fatihah! Kembali nya ayah ke rahmahtullah..

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Selepas hampir 5 tahun ayah terlantar sakit disebabkan angin ahmar, ayah kembali ke rahmahtullah pada hari jumaat jam 4 petang 9hb oktober 2009 di usia 71 tahun.

Jenazah arwah ayah dimandikan di kediaman kami sekeluarga dan disembahyangkan di masjid sebelum dikebumikan selepas solat isyak pada hari yang sama.

Pemergian ayah memang menyedihkan kami sekeluarga. Sebagai anak yang rapat dengan ayah sewaktu hidupnya. Pemergian ayah mmg terasa sangat.. Masih terasa2 ayah masih ada...bukan tidak redha dengan pemergian ayah..aku tabah dengan ketentuan ini.

Ayah meninggal dunia di samping ibu dan adik ku fiza. Kami adik beradik yang lain, abang long, abang ngah termasuk aku tiada di sisi ayah semasa ayah menghembuskan nafas yang terakhir.

Kepada saudara mara dan kenalan ayah yang datang dari jauh dan dekat menziarahi, Tidak putus-putus datang menziarahi sehingga semalam. Buat yang mendoakan ayah, yang menziarahi ayah setelah ayah meninggal dunia, terima kasih yang tidak terhingga..

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat buat roh ayah dan tenang bersemadi di sana..
AL FATIHAH..amin..


Monday, September 14, 2009

Balik kampung.ooo ooo Balik Kampungg!!

credit to -> http://www.truefaces.com.my/

Esok merupakan hari terakhir aku berpuasa ramadhan di KL untuk tahun ni. Ini kerana lusanya aku dah balik kampung.. Sakan nak beraya..aku cuti sakan gak tahun nih. Bermula 16hb sampai 27hb.. 28hb baru aku masuk kerja semula. 10 hari tu. Adeh!.. sureeee lemas aku lelama kat kampung nanti. kalau dah lebih 5 hari mau meroyan sipi2 gak aku dah dibuatnya. Nak online kat kampung agak payah. Sebab tangan-tangan comel byk sangat. Pantang nampak aku bukak je laptop. Dia akan menaip lebih dari aku menaip..ahaks!!.. Selamat tinggal KL... kampung ku dah mengapai2 panggil aku suh balik tu.hehehe..

Raya tahun nih.. aku pasti akan ambik tender buat Rendang seperti biasa. Itulah keje akuu tiap2 tahun. tukang buat rendang.. rendang ayam.. rendang daging.. aku ingat tahun nih aku nak buat ala2 rendang TOK la rasenye. Cuba skit kelainan..ahaks!!...

Dan seperti biasa gak la.. aku akan jadik banker mak aku.. tukang kasi duit raya.. selamat mak aku..kekekeke.. patut ler dia suka beno kalau aku ada time rayaa... gurau aje yer mak..cayang mak tauuu!...

BUAT SEMUA..
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELMA....JIKA ADA SALAH DAN SILAP.. TERSALAH TUTUR KATA.. ADA YANG MENGGURIS PERASAAN.. SERIBU KEMAAFAN DIHULURKAN...




Friday, September 11, 2009

Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta (Album baru 2009)



Untuk peminat Siti Nurhaliza. Album terbaru Siti kini berasa di pasaran. Tajuk album "TAHAJJUD CINTA". Berunsur kerohanian. Baru je released nya 09/09/2009. Apa lagiii.. peminat tegar mesti beli punya.. ahaks!..kena beli yang original tauu..Aku dah dengar bbrp lagu nih.. best plak dengar masa bulan2 pose nih kan.. ada harapann ke kedaii videoo ushar esok nih..

updated : aku dah beli dah cd nih...kuang2..adeh!.. tegarkah aku? waakakakkaka

Untuk dengar ONLINE boleh la layan kat sini --> IMEEM

cover album
TAHAJJUD CINTA
Tracklists

1. Asma Ul-Husna
2. Pintu Rindu
3. Tahajjud Cinta
6. Ya Rasullullah
8.Selawat


Dengar kat youtube..
(credit to youtube user teruterukirakira)

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Peta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
Perit pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang kudamba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan ampuni hambamu

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama
Diam kutanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku
Hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat KasihMu
Dalam tahajjud cinta bersujud....

Batas Asaku

Batas Asaku
Bila ku tercipta dari tulang rusukmu
Mengapa kau mampu sempurnakan hidupmu
Bila ku ada karena kau ada
Mengapa kau tak bisa sendiri saja
reff :
Dalam Teguh tak larut belaian
Ranum sahaja bukan hiasan
Untaian cinta gapai genggaman
Yakinkan mimpi dalam iman
Batasku sedari raut kudratku
Asaku menari terbalut sorbanmu
Lembutnya jiwa sambut nestapa
Terngiang syahdu iman di dada
Bila cerita tak lagi ceria
Mahligai cinta merona terlena
Senad iman kusimpan derita
Kuatkan Hati bersimpuh pada-Nya.....

Ku Percaya Ada Cinta

Ku Percaya Ada Cinta
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Asma Ul Husna

Ketika Cinta

Ketika Cinta
Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gementar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu kalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Berpadu kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


Pintu Rinduku
Telahku daki puncak tertinggi
Telahku turun lembah dan gurun (2x)

Tidakku temu mana pintumu
Untukku seru rasa rinduku (2x)

Telahku daki puncak tertinggi
Telahku turun lembah dan gurun (2x)

Sungguhku buta dalam cahaya
Sungguhku lupa tika bahagia (2x)

Sedang kau dekat bukan di mata
Sentuhmu erat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa

Biarkan air mata melimpah
Biarkan luluh cinta tercurah (2x)

Segala kasih rindu tertumpah
Seluruh hati aku berserah (2x)

Kutunggu walau bila bertemu
Hidup matiku hanya untukmu (2x)

Hidup matiku hanya untukmu....


Ya Rasulullah
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu (2x)

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi solli Alaihi Wasallim (2x)

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu (2x)

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi solli Alaihi Wasallim (2x)


by TemplatesForYou-TFY
SoSuechtig, Burajiru
Widget added by BlogTemplate20